Tuesday, July 6, 2010

TEKNOLOGI UPHOLSTRI INDUSTRI DAN HIASAN DALAMAN

PENGENALAN:

Kursus Teknologi Upholstri dan Hiasan Dalaman adalah satu bidang yang mempunyai harapan yang cerah untuk diceburi terutama sekali didalam sektor perniagaan. Ini dapat dilihat dari kejayaan yang dicapai oleh negara‑negara maju yang telah menjadikan bidang ini sebagai satu perusahaan untuk perniagaan. Tambahan pula dengan penggunaan alat-alat dan mesin‑mesin yang moden, sesuatu kerja itu dapat disiapkan dengan cepat dan menghasilkan mutu yang berkualiti tinggi.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab MARA untuk melatih dan melahirkan tenaga­-tenaga mahir dengan memberi pengetahuan dan latihan di Institut Kemahiran MARA (IKM) supaya tercapai matlamat utama MARA untuk melahirkan bakal‑bakal usahawan yang dapat mengwujudkan industri‑industripembuatan dan perniagaan didalam bidang ini.


OBJEKTIF:

Setelah tamat menjalani kursus ini, anda akan dapat mereka, fabrikat, menjahit, memasang, membekal dan mengubahsuai produk upholstri (termasuk kerangka), kanopi, peralatan kanvas, jahitan kemasan dalaman seperti langsir dan kusyen untuk bangunan serta kenderaan mengikut piawaian industri upholstri.

SKOP LATIHAN:

Pengetahuan dan kemahiran meliputi:-
1. Membentuk rangka kayu berbagai jenis tempat duduk yang ringkas seperti kerusi, sofa, pouffee, kepala katil dan sebagainya.
2. Membuat kerja‑kerja pengukuran, pemotongan dan jahitan pada bahan‑bahan penyalut seperti kanvas, PVC, kulit, nilon dsbnya.
3. Membuat kerja‑kerja bantalan (Cushion filling) pada rangka yang dibentuk serta di kenderaan, menggunakan sponge, spring, sabut dsbnya.
4. Membuat kerja‑kerja pemasangan dan kemasan kusyen.
5. Membuat kerja‑kerja pembaikan serta pengubahsuaian kusyen.
6. Mempelajari kaedah membuat dan memasang pelbagai jenis langsir, cadar dan sulaman.
7. Mempelajari lukisan teknik, melukis menggunakan perisian AutoCAD dan membaca pelan.


KEGIATAN DALAM LATIHAN:

Bagi mencapai matlamat program latihan kemahiran MARA, aktiviti latihan di bahagikan kepada 4 kegiatan iaitu:-

1 Pengajian Teknikal (PT)
2 Pengajian AM (PA)
3 Ko‑Kurikulum (KK)
4 Latihan Industri (LI)
5 Program Pembangunan Sikap Pelatih
6 Program Inovasi Pelatih (PIP)
7 Program Penyemaian Usahawanan – Inkubator PPU)
8 Lawatan Sambil Belajar ke Industri.


PERSIJILAN:

Pelatih yang telah tamat mengikuti kursus ini serta lulus peperiksaan akhir adalah layak menerima SIJIL TEKNOLOGI KURSUS dengan syarat:

1 Kehadiran Ko‑Kurikulum hendaklah lebih 85% kehadiran.
2. Kehadiran kuliah 90%,
3. Lulus Latihan Industri
4. Tidak menghadapi apa‑apa tindakan tatatertib

KELAYAKAN MASUK:

1. Umur 17 keatas
2. Memiliki SPM / SPMV.
3. Lepasan Pusat Giat MARA.


SKOP KERJAYA:

* Bekerja sebagai Pembuat Kusyen atau membuka bengkel perniagaan sendiri.
* Menjadi Usahawan dalarn industri perabot kusyen / pekerja mahir atau separuh mahir.
* Industri otomobil
* Industri Penerbangan.

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN:
Pelatih-pelatih yang tamat dengan cemerlang serta mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM, mempunyai peluang yang cerah untuk melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi seperti UiTM, Lim Kok Wing Colagge dan lain-lain pusat pengajian swasta.













STAFF STUD

  1. En Zaki Bin Abd Majid - Penyelaras kursus
  2. En Rosli Bin Mohammed
  3. Pn Mardiana bte Hj Mohd Sanip
  4. Pn Norlia bte Mohd Isa
  5. Pn Sofiah bte Hj Abu hassan
  6. Pn Juliana bte Mohd Lazim
  7. Pn Normey bte Abd Manap

KEMUDAHAN lATIHAN

  • Bengkel 1,2 &3
  • Bilik kuliah 1,2 & 3
  • Stor Bahan/alat
  • Bilik Tenaga pengajar
  • Bengkel Soft Furnishing
  • Bengkel Mesin Berat
  • Tandas
JUMLAH PELAJAR TERKIN SESSI JUN- DIS 2010

  • Sem 1 =
  • Sem 2 =
  • Sem 3 =
  • Sem 4 =
KEPERLUAN LATIHAN

  • Bahan Latihan - Sponge,fabrik dan kayu
  • Alatan Tangan - Alat pertukangan alat soft furnushing
  • Mesin - Mesin jahit & mesin potong kayu.
SKOP LATIHAN

  1. Latihan Amali
  2. Latihan Teori
Subjek Pembelajaran

  • SEM 1
  • SEM 2
  • SEM 3
KERJAYA

  1. Usahawan
  2. Pereka Hiasan dalaman
PENGANUGERAHAN

Pelajar yang tamat dengan jayanya akan memperolehi

  • Sijil Tek Industri & Hiasan Dalaman.